eBook Pakar Coklat – BEST Sangat Ke ??

Korang tengah cari review pakej pakar coklat ke? Haa artikel ni ditulis khas untuk korang. Mesti korang tertanya-tanya best sangat ke eBook ni ? Apa yang hebat sangat dengan ebook pakar coklat ni, asyik dengar orang bercakap pasal eBook ni je tiap-tiap hari. Berbaloi ke kalau aku beli ebook ni ?

>> Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut Tentang Pakar Coklat

Betul nak tahu jawapan ? Jawapan dia sebenarnya terletak pada korang semua … seriyesss. Bergantung pada orang tu. Kalau orang tu jenis yang tak suka coklat, jawapan dia memang tak berbaloi la yer. Di ulang lagi sekali – tak berbaloi. Tapi kalau orang tu jenis yang sukakan coklat, haa sah la buku pakar coklat ni memang untuk korang.

Ehhh jap, jangan terus gi beli, kang tak pasal-pasal korang menyesal sebab tak sama ngan apa yang korang nakkan. Baca artikel ni dulu yer, penat den mengarang untuk korang semuo, mudah-mudahan korang faham la yer hehehe Ok apa lagi, jom layannn … (panjang betul mukaddimahnyer )

Pakar CoklatKalau korang memang dah tak sabar-sabar nak beli eBook ni,

>> Dapatkan ebook pakar coklat di sini (wey, baca la dulu artikel saya tulis panjang-panjang ni, kesian saya tau :P )

1) eBook Pakar Coklat ni sesuai untuk siapa sebenarnya ?

Macam saya cakap tadi, buku ni tak sesuai untuk semua orang, untuk golongan tertentu je. Tapi kalau degil juga nak baca, tak de masalah – sekurang-kurangnya dapat ilmu :) ….

Kalau korang tergolong dalam mana-mana kumpulan kat bawah ni, buku ni memang sesuai untuk korang :

a) mereka yang jenis suka buat kek, kuih muih tapi belum pernah buat homemade coklat. Niat di hati nak buat sendiri, tapi apakan daya tak de orang nak ajar hehe

b) mereka yang nak belajar buat homemade coklat dan dalam masa sama nak cari duit lebih dengan menjual hasil coklat buatan tangan mereka.

c) mereka yang nak berjinak-jinak dengan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Kalau rasa nak buat bisnes tapi dah tak de idea sangat nak jual, kenapa tak cuba buat coklat buatan sendiri ? Homemade coklat ni boleh dikatakan mendapat sambutan jugak lah

d) mereka yang dah ada kemahiran buat coklat tapi tak tahu selok belok nak jual coklat mereka. Tak payah susah-susah, belajar terus dari orang yang dah berjaya.

e) golongan surirumah/isteri yang bosan asyik duduk rumah tak tahu nak buat apa. Daripada duduk tak buat apa-apa, baik belajar buat coklat dan jual hasil, dapat jugaklah duit “seposen dua” buat beli baju baru ke (baju raya ?) , high heel baru ke, handbag baru ke hehehe

Saya rasa dah sentuh semua golongan yang akan dapat manfaat dari buku Pakar Coklat ni, kalau tertinggal tu tak tahulah hehe.

>> Kalau korang dah sah sah memang minat, boleh dapatkan ebook di sini.

2) Tentang Penulis eBook Pakar Coklat

Farin Fariha Nurbaya IsmailKalau nak kenal, gambar kat sebelah ni lah gambar cik puan Farin, penulis ebook pakar coklat. Saya pun baru je kenal beliau, bila diberitahu pasal eBook pakar Coklat. Farin tu nama panggilan sahaja. Nama sebenar beliau – Fariha Norbaya Ismail. Beliau merupakan bekas graduan UIA dalam bidang sains kemanusiaan. Dah lama beliau terlibat dalam bisnes kek dan coklat ni dan turut mempunyai enterprise sendiri – Farinme Cupcakes House (TR 0082567-K) Perniagaan ni beliau uruskan dari rumah je dan melalui blog beliau di farin-mecupcakes.blogspot.com. Antara produk yang dijual adalah seperti cupcake, kek fondant, biskut raya, coklat homemade dan beberapa produk lain.

3) Macam mana eBook Pakar Coklat dapat membantu korang ?

Saya akan ceritakan dengan ringkas saja di sini, untuk maklumat yang lebih lengkap korang boleh pergi ke website Pakar Coklat.OK, secara ringkasnya, eBook Pakar Coklat dapat menolong anda dari segi :

a) Penerangan tentang cara membuat coklat buatan tangan

b) Dah siap buat, cara nak jual/pasarkan homemade coklat hasil tangan korang. Penting ni kalau memang serius nak buat bisnes coklat homemade !

2 perkara ni yang diberikan penekanan oleh penulis, berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Selain 2 perkara ni, ada lagi bonus-bonus lain untuk memantapkan lagi kemahiran buat coklat korang nanti.

( Boleh baca dengan lebih lanjut di website Pakar Coklat di sini )

4) Kandungan Pakej Pakar Coklat

Farin Pakar CoklatBila korang beli Pakej Pakar Coklat, korang akan dapat 4 modul dan 4 bonus untuk membantu korang belajar bagaimana nak buat coklat yang sedap dan ada permintaan tinggi dan dalam masa sama jugak, korang diajar bagaimana nak cari pendapatan sampingan melalui jualan coklat hasil buatan tangan korang.

Modul 1: Teknik Membuat Coklat Compound.

Dalam modul ni banyak perkara yang korang dapat belajar seperti cara membezakan coklat compound dan couverture, teknik buat coklat compound, teknik buat coklat popular dan mempunyai permintaan tinggi, perkara yang perlu dielakkan semasa buat coklat, teknik mewarnakan coklat, pelbagai resepi coklat dan filling, senarai pembekal alatan dan bahan membuat coklat serta banyak lagi perkara menarik lain.

Modul 2: Teknik Membuat Coklat Couverture

Kalau modul 1 fokus pada coklat compound, modul ini akan fokus pada couverture. Dalam modul ini anda akan belajar ciri-ciri coklat couverture, teknik mencairkan coklat, teknik buat coklat jenis oreo/lohichoc, teknik mewarnakan coklat dan banyak lagi tentang coklat couverture.

Modul 3: Teknik dan Strategi Pemasaran Coklat

Nadi untuk apa jenis perniagaan sekalipun adalah pemasaran. Melalui pemasaran yang berstrategi dan bijak, lebih mudahlah korang untuk menarik ramai pelanggan. Dalam modul ini, korang akan belajar 6 strategi pemasaran yang digunakan sendiri oleh Fahrin selama beliau menjalankan bisnes kek dan coklat.

Modul 4: Idea dan Pelan Tindakan Bisnes Coklat

Dalam modul ini korang akan didedahkan kepada pelan tindakan yang perlu korang ikut untuk membolehkan anda memulakan bisnes coklat secepat mungkin. Anda juga akan belajar cara meletakkan harga dan cara untuk menampakkan coklat korang lebih sedap dan berkualiti.

Korang juga akan dapat 4 bonus tambahan :

Bonus 1: Aneka Resepi Kek Coklat Lembap
Bonus 2: Koleksi Resepi Cupcakes, Topping & Tips Rahsia Baking
Bonus 3: Kad Keahlian VIP Team Pakar Coklat
Bonus 4: Kalkulator Harga Coklat
Bonus 5: Customer Support

5) Kelebihan eBook Pakar Coklat

Pakej Pakar CoklateBook Pakar Coklat ada beberapa kelebihan. Antaranya :

a) Penerangan yang jelas dan teratur, langkah demi langkah.

b) Gambar-gambar turut disertakan untuk memudahkan korang faham apa yang diajar.

c) Semua tunjuk ajar yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri, bukan sekadar cakap kosong. 4 tahun punya pengalaman bersusah senang dalam bisnes coklat dan kek ni  – mana nak cari !

c) Ada customer support, kalau korang ada tak faham sesuatu perkara dan perlukan bantuan dari penulis, beliau sedia beri tunjuk ajar.

d) 30 hari jaminan wang dikembalikan. Kalau korang rasa tak puas hati dengan kandungan eBook Pakar Coklat ni, tak payah risau, tak payah susah hati, korang boleh minta refund. Yang penting korang puas hati dengan wang yang korang keluarkan untuk dapatkan eBook ini.

>> Klik di sini untuk tahu dengan lebih lanjut tentang Pakej Pakar Coklat

3) Kekurangan eBook Pakar Coklat

a) Harga.

Harga untuk pakej Pakar Coklat adalah RM 100. Bagi sesetengah orang, harga ni mungkin mahal, dan bagi yang lain pula yang betul-betul serius nak belajar buat coklat dan buat duit sampingan, mereka tak berkira sangat.

eBook Pakar Coklat

Sebab tu awal-awal tadi saya katakan eBook ni tak sesuai untuk semua orang. Korang kena tanya diri korang – adakah aku tergolong dalam golongan kat atas ?

Kalau jawapannya ya, memang RM 100 berbaloi untuk korang belanjakan untuk eBook ni (daripada korang spend untuk benda bukan-bukan betul tak ? ) Lebih dari berbaloi sebenarnya sebab apa yang korang adalah perkongsian ilmu, pengalaman dan tunjuk ajar terus daripada orang yang dah betul-betul berjaya dalam bisnes ni macam Puan Farin ni.

Kalau jawapannya tak, saya nasihatkan korang gunakan RM100 tu untuk tujuan lain yang dapat beri kebaikan pada diri korang daripada korang beli eBook Pakar Coklat ni, tapi korang tak baca sampai habis dan praktikkan apa yang diajar. Betul tak ?

( Side info : Kalau nak pergi bengkel-bengkel buat coklat, harganya boleh mencecah lebih RM 100!!! )

b) Ini adalah eBook.

Ya, diulang lagi sekali – eBook. Apa yang akan korang dapat adalah buku digital dalam bentuk pdf file, bukan buku yang korang boleh pegang macam buku-buku lain.

Orang yang selalu beli dan baca eBook mungkin tak ada masalah dengan perkara ni, tapi orang yang masih baru dengan konsep eBook mungkin rasa kekok sikit.

Sebenarnya mudah je, tak perlu pandai IT pun nak baca eBook ni hehe. Untuk baca buku ni korang kena baca di depan komputer tak kiralah desktop ke laptop ke ipad ke, asalkan komputer hehe ala macam baca dokumen-dokumen kerja korang di komputer pejabat korang la. Senang kan ? Nama pun eBook a.k.a buku digital.

Jadi kalau korang yang bukan jenis duduk depan komputer, hmm mungkin benda ni satu kekurangan buat korang. Tapi kalau korang tiap-tiap ari duduk depan komputer – layan facebook, surfing Internet, dan buat macam-macam lagi – membaca di depan komputer tak jadi masalah saya rasa.

4) Apa kata Pembaca Pakar Coklat

Komen Pakar CoklatSetakat ni komen-komen yang saya tengok adalah positif.

Salah satu komen positif datangnya dari Puan Asmah Zainal Abidin dari dhousechocolate.blogspot.com Menurut beliau eBook ini dapat membantu mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikuti bengkel membuat coklat secara live di luar sana.

Cik Sharifah Millah dari miladelight.blogspot.com juga berpuas hati dengan eBook berkenaan. Menurut Sharifah, penerangan dalam eBook ini begitu jelas dan sememangnya dapat membantu mereka yang ingin memulakan bisnes kek dan coklat.

>> Tu antara komen-komen positif … nak tahu lebih lanjut pasal Pakej Pakar Coklat lagi boleh baca di sini.

6) Kesimpulan : Berbaloi Ke Tak eBook Pakar Coklat ?

OK kita dah sampai ke penghujung artikel berkaitan Pakej Pakar Coklat ni.

Pakar Coklat ReviewSebagai kesimpulan, kalau korang tergolong dalam golongan yang saya sebutkan tadi, buku ini memang sesuai dan berbaloi untuk korang. eBook ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri menjalankan bisnes kek dan coklat selama hampir 4 tahun – ni yang saya anggap berbaloi sebab kita tak perlu buang masa trial and error, cuba teknik sana sini yang belum tentu terbukti.

Selain tu, penulis menitikberatkan kepuasan pembaca – kalau korang rasa tak berpuas hati dengan eBook pakar coklat ni, korang boleh minta refund sebab ada jaminan wang selama 30 hari. Jadi korang tak rugi apa-apa pun sebenarnya kalau eBook ni tak seperti apa yang korang harapkan.

Oklah cukup sampai di sini review Pakar Coklat. Harap dapat membantu korang serba sedikit sebelum korang beli ebook ni.

>> Untuk maklumat lebih lanjut, klik di sini untuk pergi ke website Pakar Coklat

Posted in ebook | Leave a comment

Buat Coklat Sendiri

Continue reading “Buat Coklat Sendiri” »

Posted in buat coklat | Leave a comment